Program E-Usahawan GIATMARA Arau dan Padang Besar Kursus Teknologi Motosikal (TML) dan Fashion And Dress Making ( FND) Sessi 1/2023
10 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 8 - 9 Mac 2023 bertempat di PEDi Padang Besar Selatan telah diadakan Program E-Usahawan Giatmara Kursus Teknologi Motosikal (TML) dan Fashion And Dress Making ( FND) bagi pelatih Giatmara Arau dan Padang Besar.Program ini adalah kerjasama antara Giatmara, PEDi Padang Besar Selatan, PEDi Pokok Jawi dan PEDi Kampung Surau. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam bidang ICT dan pengurusan maklumat dan memupuk nilai usahawan di kalangan peserta. Antara modul yang diajar oleh staf PEDi kepada pelajar Giatmara sepanjang 2 hari diadakan adalah asas keusahawanan seperti “Online Marketing, Facebook Page, Create Presentation Slide, Product Photography, Microsoft Office, Canva, Business Plan .”
Menerusi aktiviti ini, peserta terutama golongan belia dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari bagi mempersiapkan diri sebagai seorang usahawan. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Program ini telah memberikan gambaran yang lebih jelas kepada peserta tentang peranan dan fungsi PEDi dari aspek pengukuhan aktiviti e-Dagang , inisiatif memperkasa usahawan bagi memacu ekonomi digital dan membantu usahawan menjalankan perniagaan di platform digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: